Produk-produk HALAL Keluaran Muslim

Bagi memenuhi permintaan pengunjung-pengunjung Kedai Azzain Skudai yang mengharapkan terdapatnya "one stop center" bagi produk-produk HALAL keluaran Muslim di Skudai, kami merasa terpanggil untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah tersebut.

Walaubagaimanapun, produk Az-Zain tetap menjadi produk utama kedai ini dan mendapat sambutan terhangat dari pengunjung. Dengan terdapatnya produk-produk Muslim yang lain, ini telah menarik "traffic" yang ramai ke kedai Az-Zain dan seterusnya turut meningkatkan sales produk-produk Az-Zain yang memang tidak diragukan kualiti dan reputasinya.


Kuih-kuih raya keluaran Muslim yang menggunakan bahan-bahan termasuk butter yang HALAL

Produk-produk seperti sabun pencuci, ubat gigi, garam halagel, marjerin, shortening, syampu& perapi, sos tanpa pewarna HPA dll.

Air minuman berkarbonat kola&sarsi, kismis, kerepek, madu Khaula&Iran, kurma, dll.

3 comments:

  hakim

September 11, 2008 at 8:06 AM

saya ahli HPA. boleh ke saya beli dgn harga ahli?

trm kasih. :)

  Kedai Azzain Skudai

September 11, 2008 at 6:36 PM

Salam Mr Zack,

Buat masa belum boleh lagi. Barangan HPA setakat ini hanya dijual secara runcit. Walaubagaimanapun kami memang bercadang utk menjadi stokis HPA agar kami dapat menjual dengan harga ahli. TQ.

  syazwaniadnan

September 5, 2010 at 9:26 AM

boleh tahu, HPA ada keluarkan marjerin ke?

terima kasih.